Wednesday, July 14, 2010

Berharganya Muslimah

Kaum Feminism mengatakan susah menjadi wanita muslimah, dengan berbagai dalil berikut ini:

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih susah dari pada lelaki).

2.Wanita perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya.

3.Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan sakitnya melahirkan anak.

5.Wanita wajib taat pada suaminya , sementara suami tidak perlu taat kepada isterinya.

6.Talak terletak di tangan suami dan bukan di tangan isteri.

7.Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan para wanita muslimah melihat sebaliknya:

1.Sesuatu yang mahal harganya dan sangat bernilai tentu akan disimpan dan dijaga sedemikian mungkin. Cuba bayangkan, sudah sepatutnya intan permata tidak akan dibiarkan berselerak bukan? Begitu juga dengan wanita yang dijaga dengan hijab.

2.Wanita memang perlu taat kepada suami, tetapi tahukah anda kalau lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya.

3.Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki, tetapi tahukah anda bahawa harta yang diterima wanita adalah mutlak miliknya peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu@wajib menggunakan hartanya untuk isteri dan anaknya.

4.Wanita perlu bersusah payah melahirkan seorang anak, tetapi bukankah saat itu ia akan di doakan seluruh makhluk dan malaikat, dan tahukah anda kalau ia meninggal kerana melahirkan maka syahidlah balasannya dan syurga menantinya.

5.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan bertanggungjawab terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya,dan saudara perempuannya, ertinya seorang wanita di akhirat kelak akan diitanggung oleh suami,ayah, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Tidakkah itu kebahagiaan untuk anda?

6.Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga yang dia kehendaki cukup dengan 4 syarat saja: solat 5 waktu, puasa ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.

7.Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah sedangkan wanita apabila ia taat pada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya pada Allah maka ia akan mendapat pahala yang sama seperti pahala suaminya yang berjihad.

Berbahagialah wahai para muslimah jangan risau hanya untuk kesenangan di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajipan agamamu, niscaya syurga Allah akan menantimu.

No comments:

Post a Comment