Monday, July 12, 2010

akal anugerah Allah

Setiap manusia Allah bagi akal supaya kita dapat berfikir baik dan buruk....

Manusia berbeza daripada haiwan disebabkan akal yg dikurniakan oleh Allah...

Tapi....

Bila manusia sendiri tak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara...

apakah perbezaan antara manusia dan haiwan??

Perlukah kita sebagai manusia mengikut telunjuk manusia lain tanpa berfikir terlebih dahulu??

Dimanakah keistimewaan kita sebagai khalifah di atas bumi Allah ini kalau kita pon berperangai seperti lembu yg dicucuk hidung??

Kenapa sesetengah manusia tak dapat mengatasi godaan syaitan dan iblis??

Kenapa sesetengah manusia tak dapat mempertahankan dirinya sendiri??

Kenapa sesetengah manusia tak sanggup untuk menanggung siksaan kerana mempertahankan kebenaran??

Kenapa perlu ada manusia berhati iblis yang perlu menyesatkan manusia lain??



"Ya Allah...KAU perliharalah aku,keluargaku dan orang kesayanganku dari godaan-godaan yg menyesatkan.KAU berikanlah kami akal yang sempurna supaya kami dapat berfikir dgn sempurna.KAU bimbinglah kami ke jalan yg benar.Kami takkan sanggup untuk terima azab dariMU...."

No comments:

Post a Comment