Saturday, July 24, 2010

terlanjur sayang

kalau 4 tahun lepas aku pernah cakap yg aku taknak bakal suami aku seorang yg:-
  • clubbing
  • main perempuan
  • involve dgn sosial yg tk sihat
So that bila my-x mintak clash dgn aku....ako pasrah walaupon sedih sgt2...

Then aku kenal dgn Mr.Montello

Aku tanya dia..."penah masuk club?"...."pernah minum arak?"...."selalu dok main perempuan?"

and dia jawab "tak"..!"dia bukan org yg mcmtuh"

Thats why la ako sanggop nak berkawan...kenal dgn dia and couple dgn dia....

Dlm masa 4thn...masalah yg timbul juz "tak cukop masa" saja...

Tapi lepas 4tahun...segala bapak masalah timbul.....dgn club,arak,perempuan suma ada!

Seriously tak sangka sgt life tentera malaysia @ islam zaman sekarang macamnih..!

Aku ingatkan masalah yg aku tinggalkan 4thn lepas dah jauh dari aku...

Dalam masa aku seronok,bahagia sebab Mr.Montello dah kerja pasaipa masalah yg sama kacau aku balik...???

Aku dah terlanjur syg kat Mr.Montello....syg sgt-sgt....!
aku dah tak sanggup nak rasa kehilangan dalam hidup nih lagi....
Aku dah buat semuanya utk dia....

Dia cakap dia terpaksa cari gurl sbg teman ke function.
And gurl yg dia nak cari kena sosial....

Memang dia jujur dgn aku...
Tapi aku boleh ka tak terfikir pasal benda nih??
Takkan aku bole jalani life aku macam normal??
Takkan aku tak rasa sedih??

Selama nih aku anggap dia lebih dari seorang bf!
Sanggop ka aku biar dia g club or tempat mana2lah dgn BITCH ??
Sanggop ka aku??

Ada kawan dia cakap "aku suka besarkan hal kecik"
kecik ka hal mcmnih??dia tak faham apa kami rasa.so bolehla dia cakap macamtuh!
kalo dia dok tempat aku rasanya hari-hari makan hati!huhu....

Ya Allah....apa patut aku buat?
kalau aku tau dr awal hal macam nih akan timbul balik aku tkkan biarkan dia curi hati aku!
Aku sanggup hidup single sampai tua dari terus terluka...
Tapi...
aku dah terlanjur syang kat dia....
Relation kami pon jauh lagik...mcm-mcm boleh jadi kalo dia teruskan mcm sekarang!
Now mayb dia tak suka..tapi nanti??

apakah penantian aku selama nih akan membuahkan hasil?
atau penantian juz sekadar penantian yg takdak penghujung?
Or satu hari nanti dia sendiri yg akan berubah??

pasaipa love life aku tak bole normal mcam org lain??
Aku dah buat yg terbaek utk love life aku n dia...
Mungkin dia @ kengkawan dia cakap aku control dia...
Bukan aku tak terasa....
Tapi aku syg dia...aku takmau dia jadi teruk macam kawan-kawan dia!
Aku takmau sejarah berulang balik..
Aku dah teruk kena dengan lelaki...
Kalau boleh aku nak kali nih betul-betul jodoh aku...

Tapi....ada jodoh ka kami??
Tahla,aku pon takot nak fikir semua tuh....
Aku takot relation selama 4tahun nih come out with nothing!

Sedihnya.......apa yg patut aku buat sekarang??

Ya Allah...tolongla aku :`(

Monday, July 19, 2010

rindu sangat

Kadang-kadang bila terfikir balik teringin sangat nak balik ke masa yg lepas...

Masa aku and Mr.Montel sama-sama study dulu...
Masa aku and Mr.Montel baru couple...
Masa aku and Mr.Montel baru nak kenal antara satu sama lain....

Aku rindu sangat...
  • cakap dgn Mr.Montel sampai tengah malam...
  • cakap dengan Mr.Montel 1-2 jam...
  • msg dgn Mr.Montel 24jam...
  • nak ambil Mr.Montel dkt dlm UPNM...
  • nak hangout dgn Mr.Montel kt Midvalley...KLCC...tgk movie...
  • nak dgr Mr.Montel cakap goodnite,Love you...instead of berdengkur setiap mlm...
  • Mr.Montel pay attention dgn cerita-cerita aku...
  • nak bergelak dgn Mr.Montel macam dulu-dulu...
  • Mr.Montel ajak aku main YM...
  • bila aku tgk phone aku,ada msg dr Mr.Montel cakap "sayang" @ "love you"
  • Mr.Montel tk marah-marah aku bila aku mintak nak dia spent tyme dgn aku...
  • Mr.Montel yg tak pernah berkira masa dia dengan aku...
  • Mr.Montel yg akan teman aku bila aku takot setiap malam...
  • Mr.Montel yg innocent...yg lurus..yg skema macam yg aku kenal dulu
  • Mr. yg suka gelabah bila nak buat something...
  • Mr.Montel yg selalu nak call and cakap dgn aku....
  • Mr.Montel yg selalu msg aku dulu..

Mr.Montel sekarang dah kerja...dah sibuk...ada masa terluang susah utk spent tyme dgn aku.
Mr.Montel sekarang lebih suka keluar dgn kawan-kawan dari temankan aku.
Mr.Montel sekarang suka berkira kalau aku nak cakap phone or msg dgn dia.
Mr.Montel sekarang suka marah aku.
Mr.Montel sekarang susah nak dgr cerita-cerita aku.
Mr.Montel sekarang sangat beza dari Mr.Montel yg dulu


Aku rindu sangat dgn Mr.montel yg aku kenal dulu...Aku syg sgt dengan Mr.Montel yg dulu...
Mr.Montel yg dulu buat diri aku rasa dihargai...Mr.Montel yg dulu tak suka marah-marah aku...
Mr.Montel yg dulu selalu saja ada masa utk aku...Mr.Montel yg dulu akan ambik berat pasal aku...Mr.Montel yg dulu selalu bahagiakan aku.........

Kalaula masa lepas boleh dibeli,berapa pon harga aku tak kisah janjinya aku dapat jumpa balik dengan Mr.Montel aku yg dulu....


Aku pernah cakap dgn Mr.Montel aku yg dulu...aku suka msg dgn bf aku...aku suka call bf aku...Mr.Montel aku yg dulu cakap "dia pon suka msg n call gf dia selalu"...tapi Mr.Montel yg sekarang jawab "izwa nak bergayut 24jam ka?izwa nak 1 hari duduk dgn izwa ka?izwa nak org tk payah buat keja and teman izwa saja ka?izwa nak org tkpyah bersosial dgn kawan-kawan ka?"
Aku sedih sgt bila Mr.Montel sekarang cakap macam nih dekat aku..sebab Mr.Montel aku yg dulu tak pernah cakap macam nih dekat aku.
Aku boleh buat semua utk Mr.Montel aku dengan ikhlas...sebab aku syg Mr.Montel aku.Tapi Mr.Montel aku tak dapat pon nak spent tyme dgn aku.

Aku tak mintak Mr.Montel dtg kat aku sebab aku yg akan pegi dekat dia...
Aku tak mintak Mr.Montel berkorban utk aku sebab aku yg akan berkorban utk dia...
Aku tak mintak Mr.Montel berubah utk aku sebab aku yg akan berubah utk dia...
Aku tak mintak Mr.Montel jadi driver aku sebab aku yg akan jadi driver utk dia...
Aku cuma mintak Mr.Montel dapat luangkan sikit masa lapang dia utk aku.Hargai aku.Jujur dgn aku dan Ikhlas sayang aku macam dulu-dulu....

Ada ka peluang utk aku jumpa Mr.Montel aku yg dulu?

~rindu sangat~

Friday, July 16, 2010

so touching!

Suami saya adalah seorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semula jadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul di hati saya ketika bersandar di bahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih, lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam mencipta suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan darinya? Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti. Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik di komputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping compleks tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."


"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti Abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia
Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah
beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..Smile

Express tha Feeling

Manusia nih memang rumit.
Kadang-kadang kita tak pernah express apa yg kita rasakan atau apa yg kita ingin sampaikan...
Kita lebih terbiasa untuk mengungkapnya dlm bentuk-bentuk yg tersembunyi spt simbol atau kata-kata yg lain...

Hal ini menyebabkan orang lain merasakan dirinya tak disayangi atau tak dihargai...
Memanglah kadang-kadang kita akan berasa kurang senang utk expresskan apa yg kita rasa...
Mungkin sebab malu kalau didengari org lain.Jadinya kita akan berasa agak ragu-ragu untuk cakap I LOVE YOU !

Jadinya kita akan sampaikan perasaan itu dgn kata-kata yg lain...

"jaga diri baik-baik"
"belajar baik-baik"
"hati-hati di jalan"
"jangan lupa makan"
"jangan lupa saya"

Tapi itu sebanarnya kata-kata lain utk...

"saya sayang awak"
"saya ambil berat pasal awak"
"awak sangat bermakna untuk saya"
"saya perlukan awak dlm hidup saya"

Jadinya tak susahkan kalau kita nak express apa yg kita rasa...
Mungkin tidak secara direct...indirect pon okey...
Express feeling tu penting tapi cara kita express lagi penting!



p/s : jadi kat sini saya nak cakap....
"Muhammad Faeiz,saya sayang awak sangat-sangat!"

Thursday, July 15, 2010

Sebab Lelaki ditarik ke Neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:


1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji
dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak
menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
neraka oleh anaknya.

(p/s: Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?
Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?..
pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
jahannam.)


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan
diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
neraka.

(p/s: Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
kau akan
sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga
maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat
kelak.

(p/s: Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas.
kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
kelak jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
maksiat dan tidak menutup aurat.)


4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak dan nantikan
tarikan ibunya ke neraka.

(p/s: Duhai anak2 lelaki.. sayangilah ibumu.
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa krn ibu
juga insan biasa dan tidak lepas dr melakukan dosa.
selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka jika
tidak kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


................................................
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan
sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu
hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
jin dan batu-batu...."

Wednesday, July 14, 2010

Bila? Ibu-Kekasih

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.?.?.?.?.?.?.?.?

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Kita selalu bertanya tapi Allah sudahpon menjawabnya

Jawapan Diambil daripada al-Quran

1. Kenapa aku diuji ?
Jawapannya, Surah Al-Ankabut (ayat 2~3)

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

2. Kenapa aku tak dapat apa yg diidam-idamkan ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 216)

Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: "Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa dan kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan". Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).

3. Kenapa ujian seberat ini ?
Jawapannya, Al-Baqarah (ayat 286)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.

4. Kenapa rasa kecewa ?
Jawapannya, Al-Imran (ayat 139)

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam) dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.

5. Bagaimana harus kuhadapai ?
Jawapannya, Surah Al-Baqarah (ayat 45)

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.

6. Apa aku dapat dari semua ini ?
Jawapannya At-Taubah (ayat 111)

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

7. Kepada siapa ku berharap ?
Jawapannya At-Taubah (ayat129)

Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.


8. Aku tak dapat tahan !!!
Jawapannya, Surah Yusuf (ayat 12)

Biarkan dia pergi bersama-sama kami esok, supaya dia bersuka ria makan minum dan bermain-main dengan bebasnya; dan sesungguhnya kami akan menjaganya dengan sebaik-baiknya".

Berharganya Muslimah

Kaum Feminism mengatakan susah menjadi wanita muslimah, dengan berbagai dalil berikut ini:

1.Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih susah dari pada lelaki).

2.Wanita perlu meminta izin suaminya apabila mau keluar rumah, tetapi tidak sebaliknya.

3.Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.

4.Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan sakitnya melahirkan anak.

5.Wanita wajib taat pada suaminya , sementara suami tidak perlu taat kepada isterinya.

6.Talak terletak di tangan suami dan bukan di tangan isteri.

7.Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkan para wanita muslimah melihat sebaliknya:

1.Sesuatu yang mahal harganya dan sangat bernilai tentu akan disimpan dan dijaga sedemikian mungkin. Cuba bayangkan, sudah sepatutnya intan permata tidak akan dibiarkan berselerak bukan? Begitu juga dengan wanita yang dijaga dengan hijab.

2.Wanita memang perlu taat kepada suami, tetapi tahukah anda kalau lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada ayahnya.

3.Wanita menerima warisan lebih sedikit dari pada lelaki, tetapi tahukah anda bahawa harta yang diterima wanita adalah mutlak miliknya peribadi dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, sementara apabila lelaki menerima warisan, ia perlu@wajib menggunakan hartanya untuk isteri dan anaknya.

4.Wanita perlu bersusah payah melahirkan seorang anak, tetapi bukankah saat itu ia akan di doakan seluruh makhluk dan malaikat, dan tahukah anda kalau ia meninggal kerana melahirkan maka syahidlah balasannya dan syurga menantinya.

5.Di akhirat kelak, seorang lelaki akan bertanggungjawab terhadap 4 wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya,dan saudara perempuannya, ertinya seorang wanita di akhirat kelak akan diitanggung oleh suami,ayah, anak lelakinya dan saudara lelakinya. Tidakkah itu kebahagiaan untuk anda?

6.Seorang wanita boleh memasuki pintu syurga yang dia kehendaki cukup dengan 4 syarat saja: solat 5 waktu, puasa ramadhan, taat pada suami dan menjaga kehormatannya.

7.Seorang lelaki wajib berjihad fi sabilillah sedangkan wanita apabila ia taat pada suaminya dan menunaikan tanggungjawabnya pada Allah maka ia akan mendapat pahala yang sama seperti pahala suaminya yang berjihad.

Berbahagialah wahai para muslimah jangan risau hanya untuk kesenangan di dunia ini. Tunaikan dan tegakkan kewajipan agamamu, niscaya syurga Allah akan menantimu.

Monday, July 12, 2010

akal anugerah Allah

Setiap manusia Allah bagi akal supaya kita dapat berfikir baik dan buruk....

Manusia berbeza daripada haiwan disebabkan akal yg dikurniakan oleh Allah...

Tapi....

Bila manusia sendiri tak dapat membezakan baik dan buruk sesuatu perkara...

apakah perbezaan antara manusia dan haiwan??

Perlukah kita sebagai manusia mengikut telunjuk manusia lain tanpa berfikir terlebih dahulu??

Dimanakah keistimewaan kita sebagai khalifah di atas bumi Allah ini kalau kita pon berperangai seperti lembu yg dicucuk hidung??

Kenapa sesetengah manusia tak dapat mengatasi godaan syaitan dan iblis??

Kenapa sesetengah manusia tak dapat mempertahankan dirinya sendiri??

Kenapa sesetengah manusia tak sanggup untuk menanggung siksaan kerana mempertahankan kebenaran??

Kenapa perlu ada manusia berhati iblis yang perlu menyesatkan manusia lain??



"Ya Allah...KAU perliharalah aku,keluargaku dan orang kesayanganku dari godaan-godaan yg menyesatkan.KAU berikanlah kami akal yang sempurna supaya kami dapat berfikir dgn sempurna.KAU bimbinglah kami ke jalan yg benar.Kami takkan sanggup untuk terima azab dariMU...."

Monday, July 5, 2010

Tak sampai sehari

Mr.Montel dah slamat masuk PULADA...
alamak...sedihla pulak rasanya
kesian 4bln dia kat sana.Dahla bln depan puasa kan?
Tah larat ka tak larat nanti...

Aku harap everything akan jalan dengan lancar...
Aku taknak dia sakit lagi dah...
Bukan sebab taknak jaga tapi tak sanggup tengok dia tanggung sakit-sakit nih semua..
Cukupla sekali masa dekat UPNM dulu...
huhuh....

Aku takot pon ada jugak...
Dia ada cakap pasal ...... nih semua
Risaunya ako....
Ako harap Allah tetapkanla hati dia..
huhu...
Dan kalau boleh harapnya takdakla aktiviti-aktiviti yg tak elok...
adoi....sesak kepala hotak nih...sesak nafas...semua sesakla kiranya...

Cepatla 4bulan nih berlalu...
Tak sabar nak tunggu 12 Nov 2010 !
And harap-harapnya Mr.Montel yg ako kenai selama nih tetap Mr.Montel yg sama....takkan berubah...

Tak sampai sehari lagi Mr.Montel masuk sana dah rindu...knape??entahla.macamla sebelum nih selalu jumpa pon kan?
Rasa takot pon ada sebabnya orang cakap nih kursus yg paling tough antara semua kursus yg ada.
Physical n mental demand!

Harapnya Mr.Montel boleh bertahan !!
Chaiyok!

Ako akan tunggu dia 4bln nih...That`s my promise to him.and i hope he`ll do so...

p/s : love you!