Monday, August 30, 2010

Sahur yg melampau

Rasullah s.a.w pernah bersabda"
"Bersahurla kamu pada akhir malam iaitu masa yg terbaek adalah jaraknya dengan azan subuh selama 50 bacaan ayat-ayat Al-Quran secara sederhana"


"Bersahurla kamu,kerana pada bersahur itu ada barakahnya" Hadis riwayat Bukhari & Muslim


Tapi kalau dah duduk kat hotel UiTM dari pukol 1 pagi sampai 4pagi melahap bufet sahur ako sendiri pon tak nampak di mana barakahnya sahur itu!Perot dah rasa sangat sengkak....sangat kenyang spt nak terkeluar balik ja.

Gilola...first time aku makan bufet sahur!Selalunya bufet berbukak tuh adalah. takla selalu sgt sebab org kata bwk aku makan bufet rugi!sekali makan dah kenyang.huhu...how dare u!

Akibatnya sampai sekarang, 4.57 am aku still terpacak depan laptop tak boleh tidur lagik!Perot sagat keyang,nak carik bertambah gemok ka kalau terus tido?kebaikan or keburukan?
Mata dah mengantuk..tapi yg pastinya aku akan tahan sampai lepas subuh baru boleh tidur!huaaa.............

Lain kali takmau makan bufet sahur dah!

But,thanx and credit kat Nuru Huda dan hotel UiTM crew sebab sediakan menu sahur yg sedap utk dimakan!Seriously....yg nih tak tipu.memang sedap dan rasa patut cuba.Kalau takot nak sahur boleh try bufet berbuka posa kat sana!hehehe.....tapi tyme bln posa jerla.kalo bln tak posa mintak bufet nih mau makan pelempangla!

Dahla bercerita bab makan nih!Terasa loya pulak tekak sebab terlebih makan.Kalau nak rasa boleh try sendiri.....Selamat Bersahur & Selamat Berpuasa semua!



Nasik dia macam-macam lauk!Nih pon tak ambik semua.Maunya kenyang separuh mampos makan nasik ja...

From left : ayam paprik,daging black pepper,sambal jawa

Licin kan?Hahahak....Tapi after makan nasik pon dah kenyang yg amat!

Roti bakar :terhangusla pulak...jgn ikut cara ini ya!Salah pembakaran nih!hohoh.....

Kuih??Ada lagik kuih yg lain.Tapi aku hanya makan 2 jenis kuih nih ja!hihih......

p/s : banyak lagi menu-menu yg tak diambil gambarnya.Almaklumla.ramai orang yg turun sahur tadi.Kalau hotel private bapak aku punya bolela ambik gambar banyak-banyak!

Thursday, August 26, 2010

Blood


Pernah derma darah tak?

Tao tak darah ada brapa jenis?

Okeyla...kalau sesape yg pernah derma darah comfirm tao kan yg kita kena 'prick' jari utk diambil sikit sample darah dan letak kat atas papan putih yg ber-column dan ada cecair-cecair yg tak dpt nak dikenalpasti.betol tak??Tapi tau ker apa fungsi procedure tuh?takkan saje-saje hospital nak suruh kita mambazir darah kot kan?

Sebenarnya procedure tuh utk check kita punya blood type @ jenis darah.Darah nih ada 4 jenis.Darah jenis A,B,AB dan O.lepas tuh 1 lagi nak check kita punya Rhesus samada positif @ negatif.

Setiap 1 column akan diletakkan antigen.Antigen nih pulak ada antigen A,B,AB dan D.
Darah kita pulak akan diletakkan ke setiap antigen-antigen nih.Lepas letak darah & antigen akan di-mix-kan mnggunakan pencolek gigi.

Resultnya:-
~Kalau darah kita A,dalam column antigen A dan antigen AB akan nampak gumpalan- gumpalan.
~Kalau darah B,dalam column antigen B dan antigen AB akan nampak gumpalan-gumpalan.
~Kalau darah AB,dalam column antigen A,antigen B dan antigen AB akan nmpak gumpalan-gumpalan.
~Kalo darah jenis O pulak,takkan ada gumpalan dalam mana-mana column antigen.

Dalam darah AB tiada antibody.So that,dia boleh terima darah dari jenis A , B , AB dan jugak O.
Dalam darah A terdapat antibody terhadap darah jenis B.So,darah jenis A hanya bole terima darah dari jenis A , O sahaja.
Darah jenis B pulak terdapat antibody terhadap darah jenis A.So,darah jenis nih hanya bole terima darah jenis B dan O sahaja.
Manakala darah jenis O mempunyai antibody terhadap darah jenis A , B dan AB.So that,dia hanya bole terima darah dari kumpulan darah O sahaja!

Dalam kes nih, individu yg berdarah jenis AB la yg untung kan?sebab bole terima darah sesiapa sahaja tetapi hanya bole menderma darahnya kepada individu yg berdarah sama jenis sahaja.ini tidak adil!Paling rugi individu yg berdarah jenis O la kan?sebab hanya bole terima darah jenis O sahaja tetapi boleh dermakan darahnya kepada individu lain yg berlainan jenis darah.sangat pemurah kan?

Hrm...lepas tuh ada pulak antigen D.Apa antigen D??mana ada darah jenis D kan?Antigen D nih utk check Rhesus samada positif @ negatif.Rhesus nih penting utk perempuan yg pegnant!kalau perempuan nih rhesus positif selamatla anak dlm kandungan dia.Tapi kalau perempuan nih rhesus negatif anak keduanya kurang selamat la dan kemungkinan dia akan keguguran.kenapa??panjang lebar xplaination.juz tau cmnih sudahla...bukan nak ambik exam pon kan!Tapi,sekarang sudah ada drugs utk selamatkan anak dlm kandungan tue.Yes!So that perempuan nih takkan keguguranla bila dia pregnant utk 2nd tyme.Just inject masuk dalam badan.Boleh mengandung walaupon 20 kali.Mak oii...banyaknya!

Okey sudah segment ilmu,sekarang nak cerita pasal diri sendiri dan Mr.Montello.

Aku pernahla jugak derma darah beberapa kali.So,aku taula yg darah aku jenis B+.Ha...yg (+) @ (-) kat belakang jenis darah nihla rhesus....Mr.Montello pulak AB+.So sekarang sapa yg untung?mestila Mr.Montello kan?kalau dia perlukan darah aku bole derma darah aku utk dia.Tapi kalau aku perlukan darah dia tak boleh derma darah dia utk aku.Huhuhu....
Tapi ak kisahla macamana sekali pun.Yang penting kalau Mr.montello memerlukan darah aku,aku tetap akan bagi kat dia.Ambik la berapa banyak pon.Janji dia selamat!Itu dah buatkan aku gembira.

Kan aku cakap aku sanggop buat apa saja utk Mr.Montello ku?gadai nyawa pon aku sanggop...

Cuma Mr.Montello ja kadang-kadang suka buatkan aku sedih & bimbang pasal diri dia...Tapi apapon dia anugerah Allah yg terbaik utk aku seumur hidup nih...

Aku harap dia tau...aku harap dia faham...aku harap dia sedar...betapa bernilainya diri dia bagi aku.Dan betapa berharganya hubungan kami utk aku seumur hidup nih.






Wednesday, August 25, 2010

Al-Quran


Tergerak hati nak baca Al-Quran yg baru beli kat Jln TAR
Punyala lama tak baca kan...adoi tergagap-gagap....merangkak-rangkak
Terasa yg diri nih sangatla jahil dan jauh dari-Nya
Kalau dulu habis Quran 2-3kali pon tak guna sebab sekarang dah rupa mcam baru nak kenal Quran.....

Segala tajwid...sebutan yg dulu belajar kat sekolah pun macam dah lupa-lupa sikit
Tetiba rasa insaf...rasa menyesal sangat sebab lambat sedar.
Say thanx to Mr.Montello sebab telah menyedarkan aku utk baca Al-Quran
Dari dulu lagi dia cakap baca Al-Quran selalu.Tapi baru sekarang tergerak hati nak baca...
Kalaula dari dulu aku terbukak hati dan dengar nasihat dia..huhu....

Rasa macam teringin nak belajar tajwid dan belajar baca Al-Quran lagi.
Tapi ada ka tempat yg nak terima murid tua?
Kalau ada pon kat mana?
Tapi rasa malula....
Mesti nanti tok guru tuh cakap aku nih jahil sangat...huhuk... :`(
Tapi aku teringin....

Malu bila tengok rancangan Kalamullah kat tv3 budak-budak sekolah rendah pon boleh baca lancar....
Takkan bila dah kawin nanti nak bagi anak-anak boleh baca lancar dari mak diorang??
Isy...tak boleh-tak boleh..!

Azam sempena bulan Ramadhan nih....
Nak belajar baca Quran sampai lancar macam dulu-dulu.!

Quran kan penerang hati...rasanya hati aku tak terang sebab tak baca Quran kot!
Takotnya....Apa aku nak jawab nanti??huhuh.....

Bila difikir-fikir sekarang dah akhir zaman.Serious takot sangat sebab aku still ada banyak dosa.
Harap-harap sempatla bertaubat..huhuh....

p/s : Mr.Montello,thanx kat kamu sebab banyak sedarkan saya yer!Kamu tolong saye berubah jadi baik okey?

Thursday, August 5, 2010

OMG !

Apa yg aku dah lalui akan jadi 1 pengalaman baru dlm idup aku utk selamanya....
Betapa aku rasa sangat kesiankan org-org Melayu...org-org Islam negara nih....
Org-org Islam yg lebih kafir dari org kafir sndiri...
Seriously aku sangat-sangat sedih act dengan perangai mereka

Aku sangat-sangat berharap yg Mr.Montel tkkan menjadi spt mereka
Aku akan protect Mr.Montelku dgn sedaya upaya
Aku tak kisah pon kalo org lain nak cakap aku apa saja
Sebabnya.....
Aku sayang sgt dgn Mr.Montelku....
Dan aku taknak dia jadi mcm kawan-kawan dia yg terok tuh.....

Aku tak pandang sikit pon if kawan dia nak kutuk aku
Sebab aku tau apa yg aku buat
Aku tau niat aku
Aku tau kenapa aku ikut sama
Dan yg penting aku tau aku bukan perempuan murahan!

Aku akan terus bertahan utk ikut Mr.Montel...
Aku perlu ikut dia
Aku wajib ikut dia !
There will be next tyme for me!

Sekian......

p/s : Mr.Montel,hope awk dah tak menipu lagi....sebab sy sgt sayangkan awak!