Thursday, August 26, 2010

Blood


Pernah derma darah tak?

Tao tak darah ada brapa jenis?

Okeyla...kalau sesape yg pernah derma darah comfirm tao kan yg kita kena 'prick' jari utk diambil sikit sample darah dan letak kat atas papan putih yg ber-column dan ada cecair-cecair yg tak dpt nak dikenalpasti.betol tak??Tapi tau ker apa fungsi procedure tuh?takkan saje-saje hospital nak suruh kita mambazir darah kot kan?

Sebenarnya procedure tuh utk check kita punya blood type @ jenis darah.Darah nih ada 4 jenis.Darah jenis A,B,AB dan O.lepas tuh 1 lagi nak check kita punya Rhesus samada positif @ negatif.

Setiap 1 column akan diletakkan antigen.Antigen nih pulak ada antigen A,B,AB dan D.
Darah kita pulak akan diletakkan ke setiap antigen-antigen nih.Lepas letak darah & antigen akan di-mix-kan mnggunakan pencolek gigi.

Resultnya:-
~Kalau darah kita A,dalam column antigen A dan antigen AB akan nampak gumpalan- gumpalan.
~Kalau darah B,dalam column antigen B dan antigen AB akan nampak gumpalan-gumpalan.
~Kalau darah AB,dalam column antigen A,antigen B dan antigen AB akan nmpak gumpalan-gumpalan.
~Kalo darah jenis O pulak,takkan ada gumpalan dalam mana-mana column antigen.

Dalam darah AB tiada antibody.So that,dia boleh terima darah dari jenis A , B , AB dan jugak O.
Dalam darah A terdapat antibody terhadap darah jenis B.So,darah jenis A hanya bole terima darah dari jenis A , O sahaja.
Darah jenis B pulak terdapat antibody terhadap darah jenis A.So,darah jenis nih hanya bole terima darah jenis B dan O sahaja.
Manakala darah jenis O mempunyai antibody terhadap darah jenis A , B dan AB.So that,dia hanya bole terima darah dari kumpulan darah O sahaja!

Dalam kes nih, individu yg berdarah jenis AB la yg untung kan?sebab bole terima darah sesiapa sahaja tetapi hanya bole menderma darahnya kepada individu yg berdarah sama jenis sahaja.ini tidak adil!Paling rugi individu yg berdarah jenis O la kan?sebab hanya bole terima darah jenis O sahaja tetapi boleh dermakan darahnya kepada individu lain yg berlainan jenis darah.sangat pemurah kan?

Hrm...lepas tuh ada pulak antigen D.Apa antigen D??mana ada darah jenis D kan?Antigen D nih utk check Rhesus samada positif @ negatif.Rhesus nih penting utk perempuan yg pegnant!kalau perempuan nih rhesus positif selamatla anak dlm kandungan dia.Tapi kalau perempuan nih rhesus negatif anak keduanya kurang selamat la dan kemungkinan dia akan keguguran.kenapa??panjang lebar xplaination.juz tau cmnih sudahla...bukan nak ambik exam pon kan!Tapi,sekarang sudah ada drugs utk selamatkan anak dlm kandungan tue.Yes!So that perempuan nih takkan keguguranla bila dia pregnant utk 2nd tyme.Just inject masuk dalam badan.Boleh mengandung walaupon 20 kali.Mak oii...banyaknya!

Okey sudah segment ilmu,sekarang nak cerita pasal diri sendiri dan Mr.Montello.

Aku pernahla jugak derma darah beberapa kali.So,aku taula yg darah aku jenis B+.Ha...yg (+) @ (-) kat belakang jenis darah nihla rhesus....Mr.Montello pulak AB+.So sekarang sapa yg untung?mestila Mr.Montello kan?kalau dia perlukan darah aku bole derma darah aku utk dia.Tapi kalau aku perlukan darah dia tak boleh derma darah dia utk aku.Huhuhu....
Tapi ak kisahla macamana sekali pun.Yang penting kalau Mr.montello memerlukan darah aku,aku tetap akan bagi kat dia.Ambik la berapa banyak pon.Janji dia selamat!Itu dah buatkan aku gembira.

Kan aku cakap aku sanggop buat apa saja utk Mr.Montello ku?gadai nyawa pon aku sanggop...

Cuma Mr.Montello ja kadang-kadang suka buatkan aku sedih & bimbang pasal diri dia...Tapi apapon dia anugerah Allah yg terbaik utk aku seumur hidup nih...

Aku harap dia tau...aku harap dia faham...aku harap dia sedar...betapa bernilainya diri dia bagi aku.Dan betapa berharganya hubungan kami utk aku seumur hidup nih.






No comments:

Post a Comment