Sunday, February 20, 2011

Wheel vs Gully





Hari nih ade belikan my Gully wheel baru! KUNING tu lagi beb...! ^0^

Balik jer rumah terus kejutkan my Gully yg sesedap rasa tidur.
Bukan per...excited nak suruh dia main whe
el baru dia nih!
At 1st,dia memang langsung tak pandai main wheel okeyh!Bukan setakat tak pandai main....takot lagi tengok wheel tuh!

Hadoi...punyala susah nak suruh dia main dalam wheel tuh.huhu... :(
Fifah siap tolong tutup wheel tuh dengan cd case lagi...

Dah lama-lama kena buli dgn Fifah...barula dia main wheel tuh.Siap dgn menggigil lagi badan okeyh! Takot dgn fifah la tue ^_^



Thursday, February 17, 2011

si-Gully


Sekarang aku dah ada my own pet.Dia adalah dari spesis tupai tapi lebih dikenali sebagai SUGAR GLIDER...!Aku panggil dia GULLY.hehe...
Mula-mula aku fikir jugakla 2-3kali nak bela Gully nih...Aku suka dengan perangai dia yg sangat manja dgn tuan dia.And,dia ada sepasang mata
yg bulat dan besar!sangat-sangat cute.^_^

Tadi dapat mesej kat facebook dari member.Mesej dia macam nih...

"Izwa,kenapa ko nak bela binatang?kan life sbg student busy?ade ke masa ko nk jaga dia?"

The most primary..important re
ason aku nak ada pet sendiri sebab aku sunyi.!
Yes...memang aku ada boyfriend,tapi si-bf aku sangat takdak masa utk aku.Even dah 5 tahun kaple,aku nakkan ada bf yg ambik berat pasal diri aku.Yg luangkan masa utk aku.Tak jumpa tak kisah...but call or mesej sangat penting.Sekarang bukan zaman 50's-60's nak tunggu jumpa baru boleh nak tanya khabar.Apa guna teknologi kalo tak digunakan rite??

So,si-Gully nih peneman aku yg setia setakat sekarang.Aku happy..aku cerita apa yg aku buat sepanjang hari masa aku main-main dgn dia macamla dia paham kan?? Kalau sedih aku nangis depan dia.Even dia tak boleh bercakap,d
ia akan main-main dekat tangan aku....dia tengok aku....rasa macam dia nak cakap dgn aku...BERSABAR!huhu...

Aku rasa kalau kita bela haiwan,haiwan nih akan setia dgn tuan dia sampai akhir hayat dia.
haiwan yg dibela takkan tinggalkan kita utk tuan yg lebih baik.Even kita adalah tuan yg sangat teruk,dia tetap akan setia dgn k
ita.Tapi manusia boleh tinggalkan kita utk org yg lebih baik....Even kita dah sacrifice a lots utk org yg kita syg...dia tetap akan tinggalkan kita utk org yg better dari kita.

~perbezaan manusia & haiwan~

" My LOvelY Gully"



Saturday, January 22, 2011

Kenapa dan Bagaimana kita boleh jatuh cinta


Blog nie is one of blog yg aku selalu update dia punya entry.Sebabnya kebanyakan cerita yg dia tulis tak tertumpu kat 1 skop ja.Kadang-kadang dia tulis pasal love,kadang-kadang pasal life,kadang-kadang nasihat,agama and so on la!And,bagi aku dia memang berbakat utk tarik perhatian org baca blog dia.xpecially girls la kan??

Tetiba mata aku tertarik dgn 1 entry dia "Kenapa dan Bagaimana kita boleh jatuh cinta"

Pernah ke korang terfikir?Seriously aku cakap...aku tak pernah terfikir pon!Yang aku tau,kalau someone tu cuba nak tackle and then aku senang dgn perangai dia...aku rasa xcited nak reply sms dia,call dia and even nak selalu ada dgn dia..thats mean yg aku dah jatuh cinta kat someone tuh.Dari aspect lain...nope!But,lepas baca entry dia yg nie aku dah dapat 1 info baru la kan?

Antara soalan-soalan dlm entry tuh yg aku minat nak share kat sini....

1. Masa mula-mula dia (Lelaki) nak tackle aku (Perempuan), punya lah romantik dia. Kasi bunga ros. Ajak pergi jalan-jalan. Buat aku gelak. Tapi bila dah lama couple, dia macam dah bosan dengan aku. Aku ajak keluar, dia kata busy. Or, dia dah ada perempuan lain?! I WISH HE GOT HIT BY A CAR...

I juz wish he got hit by lori taik jer kalo dia curang dgn aku! But,thiz things really-really happen in my relation.Masa nak tackle and baru-baru kaple sanggop tak tido semata-mata nak sms or nak ym or nak call aku.Kalo msg jer,within 5 mins dah reply...Sekarang?1 jam pon belom tentu reply!Kalo tetiba terjaga tgh malam bcoz of nightmare and call dia mintak dia temankan,sanggop bangun tido and temankan aku.WITHOUT any complain okeyh...Sekarang?call 30x pon belom tentu dia nak bangun!If aku boring and have no one utk talk with...call dia ajak sembang,sanggop tinggal semua keja semata-mata nak sembang dgn aku...Sekarang?"izwa nak cakap berapa lama?takkan nak cakap 24jam?" padahal br 5mins cakap... See the different now?

For me,lelaki nih ada 1 sikap hipokrit yg bila masa dia nak tackle sorang perempuan dia akan sedaya upaya tunjukkan semua sikap positive.But,at the same time diorang dah set dlm mind " takper,utk dapat jer...once da comfirm as gf dah tk wajib dah buat semua sweet-sweet things nih!"Right guys?? Tak dinafikan,memang ada lelaki yg still maintain sweet sampai bila-bila.But,juz minority jer.Tak banyak pon yg wujud... ^_^
But,korang lupa yg perempuan nih fall in love with dat guy bcoz of dia punya sikap and apa yg dat guy buat masa nak tackle,masa baru-baru kaple...Kalau setakat baru-baru kaple jer do tha sweet things,after that dah tk buat...guys,korang tak rasa ker yg kitorang girls nih dah kena tipu idup-idup??

"I love u bcoz u selalu contact I.Even kita jarang jumpa,kita ada phone..kita ada internet yg buatkan kita lebih rapat.At the 1st I kenal u..U tak pernah marah I...tak pernah cakap benda yg tak elok...I sayang sangat kat u sebab u selalu nasihatkan I jangan buat benda tak elok.Selalu buat benda yg elok-elok jer..BUT, after few years I kenal u...apa yg I nampak u dah tak sama macam mula-mula I kenal dulu..So,kalau macam ni wut u will turn to be...I rather be a single person than accept u as my lovely bf!seriously..."


2. So, apa yang perlu saya buat untuk naikkan balik these damn hormones? love hormones yg secrete masa mula-mula jatuh cinta such as dopamine & phenylthylamine

Dat blogger said....B6 vitamin and magnesium boleh tingkatkan balik penghasilan hormon tue.So...do I need to buy bundles of dat vitamins for Mr.Montel?Suro dia makan tiap-tiap hari...mesti relation kitorang best macam baru-baru kaple dulu kan... ^_^ kumpul duitla lepas nih nak beli!haha....




Friday, January 21, 2011

cuti Thaipusam

Lamanya tak tulis new entry....rindu pulak rasanya eventhough tao tak best pon...

Last week from 10 Jan 2010 till 15 Jan 2010 aku ada midsemester exam yer...jadual exam kolej tak sama mcm univ. yg lain...

And now...exam dah habes,aku nak habeskan masa kat kampung!wit my lovely family!yiihaa....!! ^_^

Juz want to say yg aku rasa happy sangat boleh balik kampung....

Even there's something yg buatkan kepala aku serabut..But,its okeyh! GTH la!
Janjinya aku ada family yg aku sayang...others,I dont care at all!

Rasa mcm malas balik Shah Alam.Sebabnya,if kat sana im alone..huhu.............. T_T

Please la masa...lambat berlalu please...... ^_^

Thursday, November 11, 2010

Perlakuan kejam


Sepanjang aku & Mr.Montel hanget berchenta nie kan..dah ada beberapa barang yg jadik mangsa perlakuan kejam aku.Huhuhu.....



"My 1st phone yg beli dgn duit sendiri!"




"kipas yg paling setia menemaniku sepanjang 4thn aku study di Shah Alam."


Huhu....both of this things jadi mangsa sebab kitorang berdebat pasal function @ yeye yg bodoh!
Aku pon jadik bodoh skali....huhu!
Huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......................!!

Adakah anak aku akan jadi mangsa spt ini kalo kami gaduh nanti??erk!

Thursday, October 21, 2010

Sembilan Jahanam

Memetik dari Harian Metro 21 Okt 2010 "seorang anak wanita berkenaan menghantar ibu kandungnya itu ke situ dengan alasan wanita berkenaan terbabit kuat makan"

Start dari dlm kandungan si anak mengambil sedikit makanan yg dimakan ibu...Menyusahkan si ibu utk bawak kandungan ke mana-mana...kadangkala menyakitkan si ibu dengan pergerakan-pergerakan yg dilakukan...DAN si ibu sanggop bertarung nyawa utk melahirkan si anak.Bukan seorang malah 9 org anak-anaknya!

Apabila lahir si ibu tak kedekut pon untuk menyusukan anak-anaknya.Menghalalkan air susu si ibu utk kekenyangan si anak.Bukan sehari menyusu,malah berbulan-bulan atau bertahun-tahun pon ada.Mengajar si anak utk bercakap...berjalan...dan memberikan sepenuh kasih sayang kpd si anak tanpa berbelah bahagi.

Si ayah pulak sanggop bekerja keras semata-mata utk mencari rezeki halal utk mengisi perut 1 keluarga.Mencari duit utk membayar yuran persekolahan anak-anaknya.Dengan harapan anak-anaknya menjadi seorang yang berjaya kelak.Itu belum kira dengan kenakalan si anak di sekolah sampai si ibu atau si ayah terpaksa tebalkan muka dtg utk berjumpa dgn guru si anak!pernah ka si ayah atau ibu merungut anak-anaknya menyusahkan mereka??

Apabila anak-anaknya dah besar...dah boleh hidup berdikari...dah mempunyai kerjaya yang boleh dibanggakan...orang tua mereka dianggap 'menyusahkan'.

Si ibu mempunyai 9 org anak...tetapi seorang ppon dari anak-anaknya tak sanggop utk menjaga ibu mereka yg sudah tua.Sanggop menghantar ibunya ke pusat jagaan orang-orang tua!Malah sanggop memakan wang pencen arwah ayah mereka yg ditinggalkan utk si ibu!!Sangat kejam anak-anaknya!
Lagi mengejamkan...mereka menghantar ibu mereka ke pusat jagaan orang tua hanya krn si ibu banyak makan!!

Anak-anak yg seramai 9 orang...mempunyai kerjaya yg bagus....tak sanggop nak menganggung kos penjagaan seorang ibu yg telah tua!!Berapa banyak sangat seorang yg telah tua nak makan??mustahil si ibu nak makan sampai 1 tong beras sekali masak kan??

Mana pergi sifat kasih sayang dlm diri manusia sekarang??Korang semua sedar tak orang yg korang tak nak jaga tuh ibu korang??Orang yg melahirkan dan membesarkan korang sampai berjaya??Orang yg doanya akan dimakbulkan oleh Allah??Orang yg dimana bawah tapak kakinya lah terletaknya syurga bagi setiap anak-anaknya!!Tanpa kemaafan dan keredhaannya bukan nak masuk syurga...nak cium bau syurga pon korang tak boleh tau tak??Korang sanggop meminggirkan ibu kandung sendiri??

Betul cakap orang..."seorang ibu sanggop menjaga anak-anaknya yg ramai.Tapi anak-anak yg ramai belum tentu sanggop menjaga seorang ibu"

Hargaila ibu bapa sementara mereka masih ada di dunia ni.Setiap orang cuma mempunyai seorang ibu dan seorang bapa.Sebelum mereka dikembalikan kepada Allah...berbaktilah kepada mereka.Mereka cuma memerlukan kasih sayang dari anak-anak.
Apabila Allah telah menarik nyawa mereka...menangis air mata darah sekalipon takkan dapat menghidupkan mereka kembali....

Apabila di Rumah

Sedar tak sedar dah masuk 5 hari aku bertapa di kampung.Plannya bila dah balik Perlis nak buat macam-macam...nak polish kereta,nak gunting rambut,nak hang out dgn cik Hanamon,nak p Pdg Besaq,nak cari dvd Korean movie,nak makan kat Kola Perlis....macam-macam lagila!
Tapi.....1 hapa pon aku tak buat lagik!haiyo...pemalaz betolla izwa nih!

Tiap-tiap hari bangun tengok tv...makan...tidur x 5

So jangan tanyala pasaipa tak boleh nak kurus??huhu....

Juz smalam ada call pihak Mara nak tanya pasal permohonan biasiswa.Jan 2011 baru boleh mohon pulak!haiyo...lama lagila.Dahla call akaun dept MSU tanya bila ptptn nak dtg kolej utk sain perjanjian...diorang boleh cakap bln Dec or Jan nanti!tuh pon belum comfirm dgn pihak ptptn lagik!huhu.....teroknya...lambat gila!dah abes 1 sem kot nih...adeyla...

Sebab apala MSU nih lambat sgt sekarang??dulu masa buat diploma 3minggu after register terus sain agreement!huh...Harap bangunan ja makin bertambah cantik..tapi servis hampeh tol!
Tak puas hati btol nih...huhu!

Continue tengok tv...CSI pulak.. ^_^