Saturday, July 18, 2009

Miss Selfish

agak lama tak update blog nih kan?

jari-jari pun dah mula rasa gedik-gedik rindu nak menaip dah...

actually lately busy dengan segala macam aktiviti sampai badan pun dah mula-mula rasa sakit

tapikan..sekarang nak tulis pasal hati yg sakit!

bukan pasal cinta..bukan pasal mr.montel tapi pasal housemate a.k.a toiletmate!share toiletla...

Thiz girl asal dia dari salah satu negeri kat pantai timur..mana bole cakap negeri apa..

Dia nak kata baru masuk takla sangat tapi kiranya aku senior diala dlm umah ni!ewah..ewah melampau btol pakai senior-senior nih!hahak...

Mula-mula masuk rumah ni dia macam berlagak-berlagak sikitla...Tak join sangat budak-budak rumah lain.Buat hal dia sendiri jer.Tapi...ade aku kisah??Selagi tak kacau hidup aku lantakla kan dengan dia punya sombong tu..

Then,aku tengok dia selalu dengan si-bf dia.Tolak time tidur jer asing-asing.Masa lain dengan si-bf dia saje...Tah-tah tidur pun dah set ngan si-bf dia nak jumpa dlm mimpi kot!Aduh,kanser tahap serius dah jadi nih.Tapi kan aku cakap as long as tah kacau hidup aku i dont mind kan..So,its okey ja kalau dia nak jadi kembar siam dengan si-bf dia pun kan.

Tapi yg tak seronoknya bila diorang dah habis dating...si-bf dia hantar dia balik rumah mesti hantar sampai depan grill rumah.Pastu bukan terus masuk siap sembang-sembang dulu kat depan ni baru terhegeh-hegeh ngan masuk rumah.Ada pulak additional scene sebelum masuk rumah.Siap kissing dulu.Pernah pulak aku tengah tengok tv ternampak diorang kissing.alamak!18sx!Mulott okeyh!waktu Maghrib pulak tu!Isy..rumah kitorang dahla rumah teres.Sebelah rumah family.What will they expect if they see that scene??

Yg tu hal bila nak hantar thiz girl masuk rumah kan...Mase nak keluar rumah pun ada hal jugak.Kalau si-bf dia sampai depan rumah WAJIB dia akan bunyikan hon!Aduh..kacau betul la...apa dia ingat kereta dia sorang jer yg ada hon?Miscall la kalau dah sampai.Ini sampai bunyi-bunyi kenapa?Nak inform rumah-rumah lain sama ker yg korang nak keluar date?

Thiz girl...kalau dia keluar rumah pagi-pagi nak pegi kerja mesti dia TAK AKAN tutup sliding door rumah.Biar ja terbuka.Ada pulak rumah ni maid yg nak tolong tutup untuk dia kan?Kalaula sebelum sempat orang lain tutup ada pulak benda-benda yg tak elok masuk macamana?Kalau kucing okeyla sikit habis kuat pun dia kencing-berak jer dah kira kuat dah ni pun... tapi kalau yg masuk tu macam lipan ka...ular ka...anjing ka...Macamana?Takkan la thiz girl tak boleh nak fikir?Kata belajar sampai digree...Common sense macam nih pun susah sangat nak fikir ka?Selfish sangat!

Thiz girl dia sejak dari 1st day masuk sini sampaila dalam 2minggu yg lepas hari-hari pakai iron aku untuk gosok baju dia.Aku pun bukanla kedekut sangat sampai tak bagi pakai kan?Tapi yg sangat menyedihkan akula setiap kali dia guna mesti ada benda yg akan slack kat bilik aku.

Contoh,kalau dia masuk bilik aku guna pintu toilet mesti bila dia keluar pintu toilet takkan tutup balik.Biar ja terbuka besar-besar.Memang pantang aku kalau pintu toilet tak tutup.Bukan apa,toilet dahla satu tempat yg kotor.Banyak syaitan-syaitan kat sana.Kalau biarkan ja pintu toilet yg terus bersambung dengan bilik terbuka rasa macam bilik tidur sebahagian dari toilet.Nak ker?Tempat syaitan berkumpul-kumpul...Huhuh....

Selain tu dia kadang-kadang terlupa nak tutup lampu...Dia main campak-campak ja tudung or apa benda yg ada atas iron board tu bila masa dia nak guna iron.Hisy...geram tau!Yerla org dah 1000 rahmat bagi kebenaran pakai barang org dia buat macam tak hargai langsung!sapa tak marah?

Then,aku pun buatla satu notes dan tampal kat dinding tempat iron board tu.Lepas tu terus dia dah tak guna iron aku.Pandai pulak beli iron sendiri kan?Bukan setakat tak guna iron..Cakap dengan aku pun dia taknak.Memang betul-betul berpatah arang berkerat rotan nih amek ko!peribahasa semua keluar!
Tapi bila aku fikir-fikir balik aku ada hak kan utk tampal reminder notes?Sebabnya barang-barang yg dia guna tu barang aku apa!Takkan nak biar ja kan?Dah pakai barang org respectla sikit privacy orang kan?
Tu aku tak sentuh lagi perangai dia yg suka masuk bilik guna iron aku masa aku tengah tidur.Main ikut sedap dia ja...Ingat bilik aku ni apa?Pusat kebajikan?Pusat sewa iron?tapi kalau sewa kena bayar kan! So,utk korang-korang semua pleasela kalau dah guna barang orang tu ber-ingat sikit.Jangan main nak terjah jerr...

Apala nasib aku dapat housemate yg macam ni?haiyo...sabar jerla izwa....

Kalau ada lagi next time aku update lagi pasal dia...Erm..i will call her "Miss selfish!"

No comments:

Post a Comment